Pengenalan Alam Sekitar
Alam sekitar merupakan ciptaan yang terindah serta banyak memberi manfaat kepada manusia. Manusia banyak bergantung kepada sumber alam sekitar yang semula jadi sebagai perlindungan dan juga kemajuan. Alam sekitar juga dijadikan sumber untuk menarik minat pelancong ke dalam negara kita bagi menikmati keindahan alam sekitar. Tetapi bagaimanakah dan apakah yang akan terjadi jika sekiranya alam ini tercemar dan semakin pupus ? Puncanya pula tidak lain tidak bukan disebabkan sikap kerakusan manusia dalam pembangunan tanpa memikirkan kesan yang terjadi pada masa yang akan datang dan memberi banyak impak negatif dalam pelbagai sektor. Terdapat beberapa persoalan yang sering menjadi tanda tanya kepada generasi Y dan harapan kita bergantung kepada generasi ini untuk memulihkan semula sumber alam semula jadi yang semakin hari semakin hilang warna kehijauan bumi. Sebelum ke peringkat seterusnya, gambar-gambar dibawah merupakan alam semula jadi yang dianugerahkan oleh Pencipta kepada manusia di muka bumi.
 |
| Hutan |
 |
| Gunung-ganang |
 |
| Sungai |
KEPENTINGAN ALAM SEKITAR
- sumber kehidupan flora dan fauna
- tempat perlindungan manusia
- tarikan pelancong asing
- sumber udara yang segar
- menjamin ekosistem yang stabil
LANGKAH-LANGKAH MENJAGA ALAM SEKITAR
- menanam semula anak-anak pokok
- pembalakan secara terhad
- elakkan pembakaran secara terbuka
- gunakan barangan yang boleh dikitar semula
- menggunakan teknologi moden
- membuat kempen alam sekitar
- memberi pendedahan awal melalui media massa
- semua masyarakat bekerjasama menjaga kebersihan
- mengenakan tindakan undang-undang
- bergotong-royong membersihkan kawasan sekeliling
Bahan-bahan kitar semula
Aktiviti kitar semula
Berita kitar semula
Laporan pertandingan
LAPORAN
PERTANDINGAN KITAR SEMULA ANJURAN PERSATUAN ALAM SEKITAR
Pada
tahun 2012, Persatuan Alam Sekitar baru ditubuhkan kerana sebelum ini persatuan
ini telah digabungkan bersama Persatuan Geografi. Carta organisasi baru telah
diwujudkan dan persatuan ini telah dibimbing oleh Pn.Zarina Bt.Ismail, Pn.Wan
Sazila dan Pn.Jamilah.
Persatuan
alam sekitar telah merancang pelbagai aktiviti untuk dijalankan pada tahun
lepas iaitu pada perjumpaan pertama yang dilakukan di kelas Asas Baiduri yang bertarikh
31 Januari 2011 seperti mengadakan jualan, gubahan bunga-bunga tulip
menggunakan kertas terpakai ,mengadakan lawatan dan lain-lain lagi untuk
mencapai objektif-objektif persatuan ini. Berikut pula adalah laporan mengenai
pertandingan yang telah dijalankan dalam program yang dianjurkan pada tahun
2012 oleh Persatuan Alam Sekitar:
1. Pertandingan
gubahan pasu terpakai
2. Pertandingan
gubahan kertas terpakai untuk mural
3. Pertandingan
gumpul dan menang
4. Pertandingan
menanam anak-anak pokok
5. Pertandingan
lakonan sayangi alam sekitar
Pertandingan
akan berlangsung seperti butiran yang berikut :
Tarikh
: 8 hingga 12 Julai 2012
Masa
: 8.00 pagi- 4.00 petang
Tempat
: Dewan Besar Sekolah Sains Kota Tinggi
Kedatangan
semua pihak amat digalakkan dalam menyertai program ini bagi memeriahkan lagi
bulan alam sekitar. Selain itu, objektif persatuan ini juga amat sesuai bagi
semua lapisan masyarakat iaitu untuk menyedarkan masyarakat mengenai alam
sekitar dan mendidik generasi baru mencintai alam. Segala persiapan dalam
program yang dilaksanakan berjalan dengan lancar walaupun keadaan cuaca yang
redup semasa pertandingan berlangsung. Pihak sekolah mengucapkan ribuan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program alam
sekitar pada tahun 2012.
Sekian,
terima kasih.
Disediakan oleh,
--------------------------------------
(KHALED AHMAD BIN AZLAN)
Setiausaha Persatuan Alam Sekitar,
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi.
video kempen kesedaran alam sekitar
Terima kasih untuk info😊
ReplyDelete