Friday, 25 November 2016

Tanggungjawab bersama

Badan-badan dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia
SABAH

ALAM FLORA SDN BHD




SAHABAT ALAM MALAYSIA
GREEN EARTH

KEPENTINGAN PENUBUHAN PERSATUAN DAN LEMBAGA ALAM SEKITAR MALAYSIA

-Memelihara kepentingan alam sekitar.
-Menjaga alam semula jadi daripada pupus.
-memberi kesedaran tentang kepentingan alam sekitar kepada kehidupan    manusia.

-Mengekalkan khazanah Negara.
-Sebagai sumber asli dan semula jadi habitat hutan.
-Mengadakan program alam sekitar.
 




Thursday, 10 November 2016

ALAM SEKITAR

Pengenalan Alam Sekitar

    Alam sekitar merupakan ciptaan yang terindah serta banyak memberi manfaat kepada manusia. Manusia banyak bergantung kepada sumber alam sekitar yang semula jadi sebagai perlindungan dan juga kemajuan. Alam sekitar juga dijadikan sumber untuk menarik minat pelancong ke dalam negara kita bagi menikmati keindahan alam sekitar. Tetapi bagaimanakah dan apakah yang akan terjadi jika sekiranya alam ini tercemar dan semakin pupus ? Puncanya pula tidak lain tidak bukan disebabkan sikap kerakusan manusia dalam pembangunan tanpa memikirkan kesan yang terjadi pada masa yang akan datang dan memberi banyak impak negatif dalam pelbagai sektor. Terdapat beberapa persoalan yang sering menjadi tanda tanya kepada generasi Y dan harapan kita bergantung kepada generasi ini untuk memulihkan semula sumber alam semula jadi yang semakin hari semakin hilang warna kehijauan bumi. Sebelum ke peringkat seterusnya, gambar-gambar dibawah merupakan alam semula jadi yang dianugerahkan oleh Pencipta kepada manusia di muka bumi.

Hutan
Gunung-ganang


Sungai



KEPENTINGAN ALAM SEKITAR

  • sumber kehidupan flora dan fauna
  • tempat perlindungan manusia
  • tarikan pelancong asing
  • sumber udara yang segar
  • menjamin ekosistem yang stabil



LANGKAH-LANGKAH MENJAGA ALAM SEKITAR 

  • menanam semula anak-anak pokok
  • pembalakan secara terhad
  • elakkan pembakaran secara terbuka
  • gunakan barangan yang boleh dikitar semula
  • menggunakan teknologi moden
  • membuat kempen alam sekitar
  • memberi pendedahan awal melalui media massa
  • semua masyarakat bekerjasama menjaga kebersihan
  • mengenakan tindakan undang-undang
  • bergotong-royong membersihkan kawasan sekeliling

Bahan-bahan kitar semula




Aktiviti kitar semula 




Berita kitar semula 





Laporan pertandingan


LAPORAN PERTANDINGAN KITAR SEMULA ANJURAN PERSATUAN ALAM SEKITAR

Pada tahun 2012, Persatuan Alam Sekitar baru ditubuhkan kerana sebelum ini persatuan ini telah digabungkan bersama Persatuan Geografi. Carta organisasi baru telah diwujudkan dan persatuan ini telah dibimbing oleh Pn.Zarina Bt.Ismail, Pn.Wan Sazila dan Pn.Jamilah.
Persatuan alam sekitar telah merancang pelbagai aktiviti untuk dijalankan pada tahun lepas iaitu pada perjumpaan pertama yang dilakukan di kelas Asas Baiduri yang bertarikh 31 Januari 2011 seperti mengadakan jualan, gubahan bunga-bunga tulip menggunakan kertas terpakai ,mengadakan lawatan dan lain-lain lagi untuk mencapai objektif-objektif persatuan ini. Berikut pula adalah laporan mengenai pertandingan yang telah dijalankan dalam program yang dianjurkan pada tahun 2012 oleh Persatuan Alam Sekitar:
1.      Pertandingan gubahan pasu terpakai
2.      Pertandingan gubahan kertas terpakai untuk mural
3.      Pertandingan gumpul dan menang
4.      Pertandingan menanam anak-anak pokok
5.      Pertandingan lakonan sayangi alam sekitar
Pertandingan akan berlangsung seperti butiran yang berikut :
Tarikh : 8 hingga 12 Julai 2012
Masa : 8.00 pagi- 4.00 petang
Tempat : Dewan Besar Sekolah Sains Kota Tinggi

Kedatangan semua pihak amat digalakkan dalam menyertai program ini bagi memeriahkan lagi bulan alam sekitar. Selain itu, objektif persatuan ini juga amat sesuai bagi semua lapisan masyarakat iaitu untuk menyedarkan masyarakat mengenai alam sekitar dan mendidik generasi baru mencintai alam. Segala persiapan dalam program yang dilaksanakan berjalan dengan lancar walaupun keadaan cuaca yang redup semasa pertandingan berlangsung. Pihak sekolah mengucapkan ribuan  berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program alam sekitar pada tahun 2012.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
­­­­­­­­­­­­­­--------------------------------------
(KHALED AHMAD BIN AZLAN)
Setiausaha Persatuan Alam Sekitar,
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi.





video kempen kesedaran alam sekitar